REMINDER. *Congratulations for the student who get excellent result in UPSR EXAM 2009* *New session with new spirit for all student.* *Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum* *Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.*

UPSR is coming out

Pendidikan di SK Pahi kini.

Akibat daripada pertambahan murid dari semasa ke semasa,
yang akhirnya telah mencapai sehingga lebih kurang 700 orang pada setiap tahun, dua blok bangunan tambahan 4 tingkat dibina di atas satu blok lama sekolah. Walau bagaimanapun, pembinaannya yang bermula pada tahun 2000 yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2002 hanya siap pada akhir tahun 2004 dan hanya dapat digunakan sepenuhnya untuk menampung murid seramai 705 pada pertengahan tahun 2005. Bangunan baru yang ada sekarang menjadikan SK Pahi mempunyai 4 blok bangunan yang menempatkan bilik darjah yang selesa dan pelbagai bilik khas pengajaran dan pembelajaran seperti Bilik Komputer, makmal-makmal dan bilik pengurusan yang selesa.

Untuk mencukupi keperluan masyarakat tempatan hari ini, SK Pahi telah diberi kepercayaan dan mandat untuk membuka Unit Pendidikan Khas yang mengendalikan satu kelas Pendidikan Khas. Unit ini amat bermakna kepada sekolah kerana SK Pahi kini menjadi salah satu sekolah yang dapat memberikan perkhidmatan pelajaran dan pendidikan kepada golongan Orang Kurang Upaya(OKU) dan murid-murid bermasalah pembelajaran.

SK Pahi juga mempunyai Kelas Prasekolah yang menempatkan seramai 25 orang murid pada satu-satu masa. Kini Unit Prasekolah telah mendapat geran kebenaran untuk membuka satu lagi kelas(tahun 2006) akibat pertambahan permintaan daripada masyarakat untuk kelas prasekolah dan ini menjadikan Kelas PraSekolah di SK Pahi kini adalah sebanyak 2 kelas.

Pada masa sekarang iaitu pada tahun 2010 sekolah ini mempunyai 52 orang guru dan 14 kakitangan serta 5 pekerja kontrak dengan bilangan murid seramai 575 orang. Sesungguhnya SK Pahi sudah pun mengorak langkah pertama untuk membudayakan Sekolah Bestari dengan menghantar guru-guru berkursus ke maktab perguruan sejajar dengan permintaan masyarakat dan harapan kerajaan dan mengharapkan agar Sekolah Kebangsaan Pahi akan menjadi sebuah sekolah yang mampu bersaing dalam meningkatkan kecemerlangan murid-muridnya.


.::|SKPAHI|RAJIN|USAHA|JAYA|::.
 
Copyright 2009 Pendidikan SK Pahi. Powered by SK Pahi Kuala Krai
created by Arma Nirwati